Selamat
pagi dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis,
Yang Berusaha Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Lalang Puan Normala
Samsuddin, guru -guru dan rakan-rakan sekalian
Lebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kerana pada pagi yang ceria ini saya telah diberi peluang untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk “Warga Tua Perlu Dihormati
Hadirin sekalian
Semua orang sedar bahawa pada suatu hari nanti kita juga akan menjadi seorang tua.
Sukakah kita kalau generasi muda tidak menghormati kita? Jawapannya pastilah tidak Oleh itu, kita sewajarnya menghormati warga tua yang telah banyak berjasa kepada kita.
Orang tua sememangnya telah banyak menaburkan jasa kepada kita Contohnya kedua-dua ibu bapa kita. Sepanjang masa mereka telah mengasuh menyara hidup kita dan memberikan pendidikan kepada kita agar kita menjadi manusia yang berguna. Orang tua ibarat payung yang melindungi kita terutama ketika kita masih kecil. Kita seharusnya menghormati orang tua tanpa mengira bangsa dan agama.
Selain ibu bapa kita, guru-guru dan para pemimpin negara harus kita hormati juga. Cuba kita bayangkan kehidupan kita tanpa mereka. Mereka telah banyak berkorban bagi menjadikan kita generasi yang berilmu dan berguna. Sebagai generasi yang berhemah tinggi kita perlulah mempunyai rasa hormat terhadap mereka dan warga tua yang lain.
Untuk menghormati warga tua bukannya susah. Kita perlulah memiliki nilai-nilai luhur seperti beradab sopan, lemah-lembut tidak meninggikan suara dan senantiasa menjaga perasaan mereka.
Akhir sekali saya menyeru kepada generasi muda agar menghormati warga tua. Amalan ini bukan saja amalan mulia malah dituntut oleh setiap agama.
Lebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kerana pada pagi yang ceria ini saya telah diberi peluang untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk “Warga Tua Perlu Dihormati
Hadirin sekalian
Semua orang sedar bahawa pada suatu hari nanti kita juga akan menjadi seorang tua.
Sukakah kita kalau generasi muda tidak menghormati kita? Jawapannya pastilah tidak Oleh itu, kita sewajarnya menghormati warga tua yang telah banyak berjasa kepada kita.
Orang tua sememangnya telah banyak menaburkan jasa kepada kita Contohnya kedua-dua ibu bapa kita. Sepanjang masa mereka telah mengasuh menyara hidup kita dan memberikan pendidikan kepada kita agar kita menjadi manusia yang berguna. Orang tua ibarat payung yang melindungi kita terutama ketika kita masih kecil. Kita seharusnya menghormati orang tua tanpa mengira bangsa dan agama.
Selain ibu bapa kita, guru-guru dan para pemimpin negara harus kita hormati juga. Cuba kita bayangkan kehidupan kita tanpa mereka. Mereka telah banyak berkorban bagi menjadikan kita generasi yang berilmu dan berguna. Sebagai generasi yang berhemah tinggi kita perlulah mempunyai rasa hormat terhadap mereka dan warga tua yang lain.
Untuk menghormati warga tua bukannya susah. Kita perlulah memiliki nilai-nilai luhur seperti beradab sopan, lemah-lembut tidak meninggikan suara dan senantiasa menjaga perasaan mereka.
Akhir sekali saya menyeru kepada generasi muda agar menghormati warga tua. Amalan ini bukan saja amalan mulia malah dituntut oleh setiap agama.
Kata Berapitan
Kata berapitan ke...an dapat dibentuk dengan memberikan awalan ke- dan
akhiran -an pada kata dasarnya.
2.Apitan ke...an
tidak berubah bentuknya apabila diimbuhkan pada kata dasar.
Makna Apitan
ke...an
Apitan ke...anmempunyai
beberapa makna,iaitu:
(a)tempat...bertugas
atau daerah...
kedutaan =tempat duta bertugas
kerajaan =daerah raja
(b)hal tentang
sesuatu
keagamaan =hal tentang agama
kehakiman =hal tentang hakim
(c)keadaan atau
sifat...
kebaikan =keadaan atau sifat baik
kecantikan =keadaan atau sifat cantik
(d)sesuatu atau
seseorang yang di...kan...
keinginan =sesuatu yang diinginkan
ketetapan =sesuatu yang ditetapkan
(e)tempat yang
di...i
kediaman =tempat yang didiami
kedudukan =tempat yang diduduki
(f)perihal...
kedatangan =perihal datang
kepergian =perihal pergi `
contoh ayat:
1.Anak kesayangan
Mak Minah akan berlepas ke England untuk melanjutkan
pelajarannya.
2.Kita janganlah
menghina kebodohan orang lain.
3.Musafir itu
meminta air kerana dia kedahagaan.
4.Walaupun sudah
berumur dua puluh tahun, kadang-kadang
Ismail berkelakuan keanak-
anakan apabila kehendaknya tidak dikabulkan
oleh ibunya.
Aku Sehelai Baju
Aku dilahirkan di sebuah butik terkenal di ibu kota. Selepas dilahirkan, aku dipakaikan pada sebuah patung dan diletakkan di dalam cermin. Tanda harga yang terlekat di badanku menunjukkan RM 350.
Setelah lima hari berada di situ, aku telah dibeli oleh seorang gadia bernama Linda. Linda memakaiku pada majlis hari jadinya. Sebaik sahaja kawan-kawan Linda melihat diriku mereka semua memuji kecantikan yang aku miliki.
Selang beberapa bula, Linda ingin memakaiku sekali lagi. Apabila melihat badanku berkedut, dia mengambil seterika lalu menggosokku.
Ketika badanku diseterika, telefon berdering. Linda berlari meninggalkan aku sehingga terlupa untuk menutup suis seterika. Badanku mula terasa panas. Aku cu ba menahan keperitan, tetapi akhirnya aku hanya mampu menangis kerana terlampau sakit. Lama-kelamaan sebahagian badanku terbakar.
Apabila terhidu bau benda terbakar, Linda tergesa -gesa mendapatkanku. Tetapi sudah terlambat kerana aku tidak boleh diselamatkan lagi. Kini aku hanya menjadi penghuni setia almari usang.
Contoh Karangan - Laporan Akhbar
TEMERLOH, 14 JULAI - Sekolah Kebangsaan Seri Tualang telah mengadakan Kempen Mengindahkan Kawasan Sekolah. Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk memastikan kawasan sekolah sentiasa cantik, menarik dan indah. Guru Besar iaitu Encik Awang Satip bin Mat Salleh menyatakan bahawa kempen ini merupakan aktiviti tahunan sekolah. Kempen ini melibatkan semua warga dan masyarakat setempat.
Kempen itu dimulakan tepat pada pukul 8.00 pagi dengan aktiviti gotong-royong membersihkan persekitaran sekolah. Antara aktiviti yang dijalankan semasa gotong-royong ini ialah menanam pokok-pokok bunga, membina taman sains, membersihkan longkang-longkang dan menebas semak-samun. Para ibu bapa diminta membawa sendiri peralatan yang bersesuaian seperti cangkul, parang, dan sabit untuk aktiviti tersebut.
Murid-murid dan guru-guru pula diminta membawa sebatang pokok bunga setiap seorang untuk ditanam di perkarangan sekolah. Kaum ibu turut membantu mereka membaja dan menyiram pokok-pokok bunga yang telah ditanam.
Selain itu sebuah taman sains telah berjaya diwujudkan melalui kempen ini. Selain ditanam dengan pelbagai jenis pokok herba dan sayur-sayuran, di tengah-tengahnya juga dibuat sebuah kolam untuk memelihara pelbagai jenis haiwan seperti ikan dan kura-kura.
Hampir 100 orang ibu bapa yang menyertai kempen ini. Sebelum kempen ini berakhir, satu jamuan makan tengah hari telah diadakan di kantin sekolah. Pihak sekolah berasa bangga atas kerjasama yang ditunjukkan oleh masyaarakat setempat dan warga sekolah. Mereka mengharapkan Sekolah Kebangsaan Seri Tualang sentiasa bersih, cantik, dan ceria.
Contoh Karangan - Peribahasa
Peribahasa “di mana ada kemahuan,di situ ada jalan” bermaksud jika kita mahu melakukan sesuatu,walau bagaimana sukar sekalipun pekerjaan itu,kita perlu berusaha untuk melaksanakannya.
Peribahasa ini sinonim dengan peribahasa “hendak seribu daya,tak nak seribu dalih”.Contohnya,jika seseorang itu mahu akan sesuatu maka dia perlu berusaha sedaya upaya untuk mendapatkannya.Peribahasa ini sangat sesuai diabadikan dalam kehidupan seharian kita.
Sebagai contoh peribahasa ini dapat dikaitkan dengan kesungguhan seseorng murid yang gagal dalam suatu peperiksaan.Murid itu perlu berusaha dengan lebih gigih dan tabah untuk mengharungi cabaran.Kegigihan,ketabahan serta tidak pernah mengenal erti putus asa akan menjanjikan kejayaan pada suatu masa nanti.
Kegagalan pada masa lalu dapat dijadikan penggerak untuk meneroka puncak kejayaan yang lebih cemerlang.Oleh itu,kita tidak seharusnya cepat berputus asa apabila menghadapi sesuatu kegagalan.Usaha dan ikhtiar yang maksimun tentunya merealitikan cita-cita yang diidamkan.
Sehubung dengan itu,seseorang yang benar-benar mahu menebus sesuatu kegagalan akan melakukan pelbagai usaha dan ikhtiar sama ada dalam bidang pendidikan mahupun pekerjaan.Jika dia tidak bersemangat maka pelbagai alasan akan diberikan.
Kesimpulannya,peribahasa”di mana ada kemahuan,di situ ada jalan”mampu mengingatkan kita bahawa sesuatu pekerjaan atau pembelajaran yang sukar akan berhasil jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh.
CONTOH 1 : RANCANGAN HARIAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 2
Tarikh / Hari
: 23 Ogos 2012/Isnin Masa
: 11.10 hingga 12.10 tengah hari
Kelas : 2 Syuhada Bil.
Murid : 30 orang
Mata pelajaran : Bahasa Malaysia
Tajuk
: Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
Kemahiran
: Fokus Utama : 5.1 Aras 3
: Fokus Sampingan : 2.1 Aras 2 dan 9.2 Aras
1
Objektif
: Pada akhir pembelajaran murid dapat :
1.
Membaca teks
dengan sebutan dan intonasi yang betul.
2.
Mengenal pasti isi penting di dalam teks dan
menjawab 15 soalan Benar-Salah.
3.
Mencatat isi penting untuk membuat pembetulan.
Pengetahuan Sedia Ada :
Murid mengenali Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
menerusi media cetak atau elektronik.
Konsep :
Menghormati pemimpin negara.
Bahan :
Komputer & LCD, Buku Teks ( Halaman 40 ), Lembaran Kerja (Lampiran 1)
Gambar Pemimpin, Kad Perkataan ( Nama Perdana
Menteri )
Nilai :
Patriotisme
Sistem Bahasa : 1) Morfologi - Kata nama khas, Kata Adjektif
2) Sintaksis - Ayat Penyata
3) Kosa kata - berusaha, persendirian, dicurahkan,
dikenang, bersara
4) Sebutan dan intonasi – Sebutan Baku dan
Ayat Penyata
Pengisian Kurikulum : Ilmu – Kajian Tempatan,
Pendidikan Moral
Nilai - Menghormati pemimpin negara
Kem. Bernilai Tambah : i) Kemahiran Berfikir –
membuat keputusan, menjana idea
ii) Kemahiran Belajar Cara Belajar – Membaca
Mekanis, Mendengar
iii) Pembelajaran Konstektual – Mengait
maklumat dengan kehidupan seharian.
Jadual 2 Rancangan
Pelajaran Harian 1
Langkah/
Masa
|
Isi Pelajaran
|
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
|
Catatan
|
||
Aktiviti Guru
|
Aktiviti Murid
|
||||
Set Induksi
( 5 minit )
|
Mengenali
Perdana Menteri Malaysia Pertama hingga keenam
|
1.Mempamer
gambar
2.Menyoal
murid tentang gambar Perdana Menteri Malaysia.
3.
Memilih murid untuk menampal kad perkataan
( Nama Perdana Menteri)
4.Mengaitkan
dengan tajuk.
|
1.Memerhati
dan melihat gambar
2.Berbincang
bersama rakan dan menyebut nama Perdana Menteri.
3.Menampal
nama Perdana Menteri mengikut gambar
|
Pembelajaran
Konstektual –
Mengait
maklumat tentang gambar dengan pengalaman & pengetahuan
|
|
Langkah 1
( 15 minit )
|
Petikan
bertajuk ” Tun
Dr
Mahathir Mohamad” halaman 40 Buku Teks
|
1.
Membaca petikan mengikut intonasi dan sebutan yang betul.
2.
Menyuruh dan mendengar bacaan murid secara kelas
3.Memilih
murid secara rawak untuk membaca petikan dan mendengar bacaan murid.
|
1.Merujuk
teks dan mendengar bacaan guru.
2.Bacaan
teks secara kelas.
3.Bacaan
teks secara individu dan murid lain mendengar bacaan rakan.
|
Kemahairan
Belajar Cara Belajar -Membaca Mekanis
|
|
Langkah/
Masa
|
Isi Pelajaran
|
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
|
Catatan
|
||
Aktiviti Guru
|
Aktiviti Murid
|
||||
Langkah 2
( 10 minit )
|
Tayangan LCD
|
1.Menayangkan
biodata dan jasa Tun Dr Mahathir di LCD.
2.Mengarah
murid mencatat isi-isi penting yang dilihat dan didengar.
|
1.Menonton
tayangan.
2.
Mencatat isi-isi penting berkaitan tayangan.
|
Belajar
Cara Belajar –
Mendengar
aktif
|
|
Langkah 3
( 10 minit )
|
Soal
jawab lisan objektif
|
1.Menyoal
murid secara lisan berkaitan petikan dan tayangan di LCD
|
1.Menjawab
soalan guru secara lisan
|
Kemahiran
Berfikir – menjana idea
|
|
Langkah 4
( 15 minit )
|
Soalan
Benar -Salah
|
1.Mengedar
Lembaran kerja.
2.Membuat
pembetulan di dalam kelas.
3.Mengarah
murid mencari maklumat yang salah.
|
1.Menjawab
soalan berpandu petikan dan maklumat yang telah ditayangkan.
2.
Menanda dan mendengar jawapan rakan.
3.Membuat
pembetulan soalan yang salah.
|
Lembaran
Kerja
Kemahiran
Berfikir – Membuat keputusan.
|
|
Penutup
( 5 minit )
|
Aspek
kognitif dan aspek afektik dan sosial.
|
1.Menyoal
berkaitan pembelajaran.
2.Menyerap
nilai murni
|
1.Menjawab
soalan berkaitan pembelajaran
2.Murid
mencatat nilai murni.
|
||
Contoh 2 : RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 2 BAHASA MALAYSIA
Tarikh / Hari
: 24 September 2012/Selasa Masa
: 8.20 hingga 9.20 pagi
Kelas : 2 Syuhada Bil.
Murid : 30 orang
Mata pelajaran : Bahasa Malaysia
Tajuk
: Sekolahku Rumahku
Kemahiran
: Fokus Utama : 7.2 Aras 1
: Fokus Sampingan : 6.2 Aras 1
:
8.1 Aras 1
Objektif
: Pada akhir pembelajaran murid dapat :
1. Mendeklamasikan sajak dengan sebutan dan
intonasi yang betul.
2. Memadan 7 baris sajak dan maksud sajak.
4.
Membina 7 ayat menggunakan kata ganda di dalam
sajak.
Pengetahuan Sedia Ada :
Murid pernah mendengar orang mendeklamasikan
sajak melalui media elektronik.
Konsep :
Mencintai dan menyayangi sekolah.
Bahan :
Radio, Buku Teks ( Halaman 14 ), Lembaran Kerja ( Lampiran 1 )
Nilai :
Menyayangi dan menjaga kebersihan sekolah
Sistem Bahasa : 1) Morfologi - Kata ganda, Kata Adjektif
2) Sintaksis - Ayat Penyata, ayat tunggal,
3) Kosa kata - indah, permai, pohon-pohon, seri, kembang,
menimba
4) Sebutan dan intonasi – Sebutan Baku dan
Ayat Penyata, Ayat Tunggal
Pengisian Kurikulum : Ilmu – Kajian Tempatan,
Pendidikan Moral
Nilai -
Menyayangi dan menjaga kebersihan sekolah
Kem. Bernilai Tambah : i) Kemahiran Berfikir –
menjana idea
ii) Kecergasan Pelbagai – Verbal Linguistik
iii) Pembelajaran Konstektual – Belajar Cara
Belajar, Mengait
Jadual 3 Jadual Rancangan Pelajaran
Harian
Langkah/
Masa
|
Isi Pelajaran
|
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
|
Catatan
|
||
Aktiviti Guru
|
Aktiviti Murid
|
||||
Set Induksi
( 5 minit )
|
Lawatan
kawasan sekolah berhampiran kelas.
|
1.Memberi
arahan kepada murid sebelum keluar dari kelas.
2.Menyuruh
murid memerhati kawasan sekolah.
3.
Mengaitkan aktiviti dengan tajuk.
|
1.Mendengar
arahan guru dan beratur sebelum bergerak keluar kelas.
2.Memerhati
kebersihan kawasan sekolah
|
Pembelajaran
Kontekstual –
Mengaitkan
pengalaman seharian dengan sekeliling
|
|
Langkah
1
( 15 minit )
|
Sajak
Sekolahku Rumahku.
|
1.Menerangkan
kemahiran mendeklamasi sajak dengan gaya, sebutan dan intonasi yang betul.
2.Memperdengarkan
sajak yang dideklamasikan di radio.
3.Memilih
murid untuk mendeklamasi sajak.
|
1.
Merujuk sajak dalam buku teks halaman 14.
2.Membaca
sajak secara senyap dan mendengar sajak yang dideklamasikan di radio.
3.Mendeklamasi
sajak di hadapan kelas.
|
Gaya
Bacaan Pergerakan tubuh badan dari pinggang ke atas.
Teknik
Bacaan Mentalis.
Kecergasan
Pelbagai- Verbal Linguistik
|
|
Langkah
2
(
20 minit )
|
Maksud
sajak
|
1.Menjelaskan maksud sajak.
2.Mengedar
lembaran kerja.
|
1.Mendengar
penjelasan guru.
2.
Memadan maksud sajak.
|
Kemahiran
berfikir – menjana idea
|
|
Langkah/
Masa
|
Isi Pelajaran
|
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
|
Catatan
|
||
Aktiviti Guru
|
Aktiviti Murid
|
||||
Langkah 3
( 15 minit )
|
Tatabahasa
Kata Ganda
|
1.Menjelaskan
mengenai kata ganda.
2.Meminta
murid membina ayat menggunakan kata ganda.
|
1.Menyenaraikan
kata ganda di dalam sajak.
2.Membina
ayat menggunakan kata ganda.
|
Pembelajaran
konstruktivisme
|
|
Langkah 4
( 15 minit )
|
Soalan
Objektif
|
1.Mengedar
Lembaran kerja.
2.Membuat
pembetulan di dalam kelas.
3.Mengarah
murid mencari jawapan yang betul.
|
1.Menjawab
soalan berpandu sajak di dalam Buku Teks.
2.
Mendengar jawapan rakan.
3.Membuat
pembetulan soalan yang salah.
|
Lembaran
Kerja
Kemahiran
Berfikir – Membuat keputusan.
|
|
Penutup
( 5 minit )
|
Aspek
kognitif dan aspek afektik dan sosial.
|
1.Menyoal
berkaitan pembelajaran.
2.Memainkan
semula sajak.
|
1.Menjawab
soalan berkaitan pembelajaran
2.Mendeklamasi
sajak secara kelas.
|
Contoh Karangan : Aku Sebuah Komputer Riba
AKU dilahirkan di sebuah kilang di kawasan perindustrian Bedok dalam tahun 2008. Dengan jenama terkenal dan rekabentuk terbaru yang dihasilkan dalam empat warna menarik, aku dan kawan-kawanku dihantar ke bilik pameran sebuah pusat jualan komputer terkemuka di Funan Centre.
Selang tiga hari kemudian sepasang suami isteri dan anak perempuannya yang berusia 12 tahun mengunjungi bilik pameran pusat tersebut dan memutuskan untuk membeli aku. Anak perempuannya memilihku kerana warna biruku yang menarik hatinya.
Aku difahamkan bahawa aku dibeli sebagai hadiah hari jadi budak perempuan itu, yang kemudian aku kenali sebagai Siti Aida. Aku dibeli dengan harga $1,300. Mungkin Siti Aida adalah anak emas mereka.
Siti Aida begitu gembira menerima aku. Dia meletakkan aku di atas meja tulis berhampiran katil di bilik tidurnya.
Sejak aku dibeli Siti Aida begitu menyayangi aku. Setiap kali selepas menggunakan aku, dia pasti membersihkan diriku dengan sehelai kain lembut. Dia tidak membenarkan walau sebutir habukpun melekat pada tubuhku.
Aku berasa begitu gembira kerana dia menjadikan aku sebagai sahabat karibnya. Setiap kali selepas pulang dari sekolah dan selesai menyiapkan kerja rumah serta mengulangkaji pelajarannya, dia akan bersama- sama denganku.
Aku berjanji akan berbakti sebaik mungkin kepada tuanku itu. Bak kata pepatah, kami umpama aur dengan tebing.
Selain menjadi temannya belajar, aku juga dijadikannya teman berhibur apabila dia melungsuri Internet untuk menari bahan-bahan pelajaran atau ketika dia mahu bermain ‘game’ atau berceloteh seketika dengan kawan-kawannya.
Dia menggelarkan ‘puteri’. Tetapi, bagi diriku dialah puteri yang sebenar kerana kebaikannya selama ini terhad.
Contoh Karangan Ringkas
Tajuk : Gotong-royong.
Pada hari minggu yang lalu,keluarga Daud membersihkan kawasan rumah mereka, secara bergotong-royong.Sani dan kakaknya,Daila menyapu sampah di sekeliling rumah.Danial pula mengelap cermin tingkap ibu mereka,Puan Darwina membakar sampah dan mencuci longkang.Daud menanam kesemua tin-tin kosong di belakang rumah supaya air tidak bertakung.Ayah pula memesin rumput yang panjang.Mereka sekeluarga gembira kerana dapat bekerjasama.Nyamuk tidak dapat membiak dan kesehatan terjamin.Kini, kawasan rumah mereka kelihatan bersih
No comments:
Post a Comment