Aku dilahirkan di sebuah butik terkenal di ibu kota. Selepas dilahirkan, aku dipakaikan pada sebuah patung dan diletakkan di dalam cermin. Tanda harga yang terlekat di badanku menunjukkan RM 350.
eXe adalah "e-learning XHTML editor" merupakan alat pengarangan (authoring tool)
berasaskan persekitaran web yang boleh membantu guru-guru atau pendidik untuk
merekabentuk dan menghasilkan bahan P&P berasaskan laman web. Untuk
menghasilkan produk tersebut guru-guru tidak perlu mengetahui aspek teknikal HTML atau
XML. Muat turun nota eXe dari Dropbox. Muat turun perisian eXe learning.
Dalam peperiksaan, sebelum
membuat sesuatu karangan , kita hendaklah memilih dan memahami tajuk
atau kehendak soalan karangan itu. Selepas itu kita fikirkanlah pula
tentang :
A. Pengenalan B. Isi-isi dan C. Penutup
A. Pengenalan Setiap
karangan mestilah mempunyai perenggan pengenalan. Dalam pengenalan
kita hendaklah memperkenalkan sesuatu perkara atau tajuk yang mungkin
pembaca tidak tahu atau faham. Kita hendaklah menarik perhatiannya
supaya ingin membaca karangan itu.
Pengenalan ini dibuat secara
ringkas dan am sahaja, memadai tiga atau empat ayat. Pembukaan karangan
yang menarik akan meninggalkan kesan yang positif dan mendalam kepada
pemeriksa.
B. Isi Isi
hendaklah mengikut kehendak soalan. Dalam UPSR, biasanya setiap
karangan memerlukan empat isi. Isi yang lebih tidak mengapa tetapi
mungkin
menyebabkan kekurangan masa. Isi hendaklah disusun dengan teratur dan
berkait antara satu dengan lain.
Isi-isi itu dipecahkan dalam
perenggan-perenggan. Isi yang utama didahulukan. Murid-murid digalakkan menulis satu
isi, satu perenggan. Setiap-tiap perenggan tidak semesti sama panjangnya. Mungkin sesuatu
perenggan itu lebih panjang daripada perenggan yang lain. Ini kerana
sesuatu isi utama yang ingin ditekankan oleh murid-murid biasanya lebih
panjang daripada perenggan yang lain.
Jaga isinya supaya tidak
terkeluar daripada tajuk yang dikehendaki. Elakkan menyertakan isi yang
bercanggah dengan tajuk. Mengapa pelajar cemerlang mendapat banyak isi ?
Ini kerana mereka banyak membaca. Untuk mendapat isi yang baik dan
banyak,
kita hendaklah banyak membaca surat khabar, majalah-majalah,
makalah-makalah, rencana-rencana, buku-buku cerita, mendengar sesuatu,
menyaksikan sendiri dan dari pengalaman sendiri.
Tajuk : Gotong-royong. Pada hari minggu yang lalu,keluarga Daud membersihkan kawasan rumah mereka, secara bergotong-royong.Sani dan kakaknya,Daila menyapu sampah di sekeliling rumah.
Kujabat mesra tangan ayah
Urat-urat daging-daging tua keras terasa
Mataku tersenyum, matanya menyapa
Anak yang pulang disambut mesra.
PERPUSTAKAAN
PERPUSTAKAAN
tercinta Ini Pelabuhan kebudayaan peradaban zaman Gedung akal laut bicara manusia Mutiara pendeta tasik pujangga Kota kebenaran penaung kebebasan ucap suara
AKU dilahirkan di sebuah kilang di kawasan perindustrian Bedok dalam tahun 2008. Dengan jenama terkenal dan rekabentuk terbaru yang dihasilkan dalam empat warna menarik, aku dan kawan-kawanku dihantar ke bilik pameran sebuah pusat jualan komputer terkemuka di Funan Centre. Selang tiga hari kemudian sepasang suami isteri dan anak perempuannya yang berusia 12 tahun mengunjungi bilik pameran pusat tersebut dan memutuskan untuk membeli aku. Anak perempuannya memilihku kerana warna biruku yang menarik hatinya.
Perisian sumber terbuka merupakan perisian komputer yang
boleh didapati dalam bentuk kod sumber dan pengguna dibenarkan mengubah dan menambahbaikan kod sumber perisian komputer
tersebut. Lazimnya perisian ini adalah diedarkan secara PERCUMA atau pada kos yang minima.
Peribahasa “di mana ada kemahuan,di situ ada
jalan” bermaksud jika kita mahu melakukan sesuatu,walau bagaimana sukar
sekalipun pekerjaan itu,kita perlu berusaha untuk melaksanakannya.