Kata berapitan ke...an dapat dibentuk dengan memberikan awalan ke- dan
akhiran -an pada kata dasarnya.
2.Apitan ke...an tidak berubah bentuknya apabila diimbuhkan pada kata dasar.
Makna Apitan ke...an
Apitan ke...anmempunyai beberapa makna,iaitu:
(a)tempat...bertugas atao daerah...
kedutaan =tempat duta bertugas
kerajaan =daerah raja
Baca Lagi
Sunday, 2 December 2012
Wednesday, 28 November 2012
Soalan Interaktif
Latihan Interaktif 1 : Pilih jawapan yang betul.
Quiz
- James dan Samy berkawan baik. _______________________ belajar dalam Kelas 2 Syuhada.
- Kami
- Saya
- Mereka
Aku Sehelai Baju
Aku dilahirkan di sebuah butik terkenal di ibu kota. Selepas dilahirkan, aku dipakaikan pada sebuah patung dan diletakkan di dalam cermin. Tanda harga yang terlekat di badanku menunjukkan RM 350.
Baca Selanjutnya.....
Baca Selanjutnya.....
Monday, 26 November 2012
Latihan
Latihan 1 - 26/12/12
1. __________________kah letaknya Pejabat Pos Besar Ipoh?
Di mana
Mengapa
Siapa
Apa
2. _______________________ nama guru kamu ?
Apakah
Mengapakah
Siapakah
Apakah
3. ____________________ harga buku ini ?
Apakah
Berapakah
Bagaimanakah
Bilakah
4. ______________________ ayah kamu pulang ?
Apakah
Bilakah
Siapakah
Bagaimanakah
5. _________________ kamu sedang makan ?
Apakah
Bilakah
Siapakah
Bagaimanakah
1. __________________kah letaknya Pejabat Pos Besar Ipoh?
Di mana
Mengapa
Siapa
Apa
2. _______________________ nama guru kamu ?
Apakah
Mengapakah
Siapakah
Apakah
3. ____________________ harga buku ini ?
Apakah
Berapakah
Bagaimanakah
Bilakah
4. ______________________ ayah kamu pulang ?
Apakah
Bilakah
Siapakah
Bagaimanakah
5. _________________ kamu sedang makan ?
Apakah
Bilakah
Siapakah
Bagaimanakah
Sunday, 25 November 2012
Perisan Untuk Pembelajaran Interaktif.
eXe adalah "e-learning XHTML editor" merupakan alat pengarangan (authoring tool) berasaskan persekitaran web yang boleh membantu guru-guru atau pendidik untuk merekabentuk dan menghasilkan bahan P&P berasaskan laman web. Untuk menghasilkan produk tersebut guru-guru tidak perlu mengetahui aspek teknikal HTML atau XML.
Muat turun nota eXe dari Dropbox.
Muat turun perisian eXe learning.
Saturday, 24 November 2012
TIPS PENULISAN KARANGAN
Dalam peperiksaan, sebelum
membuat sesuatu karangan , kita hendaklah memilih dan memahami tajuk
atau kehendak soalan karangan itu. Selepas itu kita fikirkanlah pula
tentang :
A. Pengenalan
B. Isi-isi dan
C. Penutup
A. Pengenalan
Setiap karangan mestilah mempunyai perenggan pengenalan. Dalam pengenalan kita hendaklah memperkenalkan sesuatu perkara atau tajuk yang mungkin pembaca tidak tahu atau faham. Kita hendaklah menarik perhatiannya supaya ingin membaca karangan itu.
Pengenalan ini dibuat secara ringkas dan am sahaja, memadai tiga atau empat ayat. Pembukaan karangan yang menarik akan meninggalkan kesan yang positif dan mendalam kepada pemeriksa.
B. Isi
Isi hendaklah mengikut kehendak soalan. Dalam UPSR, biasanya setiap karangan memerlukan empat isi. Isi yang lebih tidak mengapa tetapi mungkin menyebabkan kekurangan masa. Isi hendaklah disusun dengan teratur dan berkait antara satu dengan lain.
Isi-isi itu dipecahkan dalam perenggan-perenggan. Isi yang utama didahulukan. Murid-murid digalakkan menulis satu isi, satu perenggan. Setiap-tiap perenggan tidak semesti sama panjangnya. Mungkin sesuatu perenggan itu lebih panjang daripada perenggan yang lain. Ini kerana sesuatu isi utama yang ingin ditekankan oleh murid-murid biasanya lebih panjang daripada perenggan yang lain.
Jaga isinya supaya tidak terkeluar daripada tajuk yang dikehendaki. Elakkan menyertakan isi yang bercanggah dengan tajuk. Mengapa pelajar cemerlang mendapat banyak isi ? Ini kerana mereka banyak membaca. Untuk mendapat isi yang baik dan banyak, kita hendaklah banyak membaca surat khabar, majalah-majalah, makalah-makalah, rencana-rencana, buku-buku cerita, mendengar sesuatu, menyaksikan sendiri dan dari pengalaman sendiri.
Friday, 23 November 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)



